Selasa, 11 Disember 2012

Ummul Mukminin


Siti Khadijah isteri Rasulullah
DAN setengah daripada tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia
ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri,
agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan di antara
kamu cinta dan kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian
adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum: 21)

SITI Khadijah merupakan seorang wanita yang berasal daripada
suku kaum Asadiyah, iaitu satu keturunan Quraisy yang amat
dihormati dan disegani. Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah
iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan penuh
kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna.
Pendidikan dan tunjuk ajar oleh ibu bapanya diterima dengan
patuh dan taat, sehingga beliau tampil sebagai seorang wanita
budiman dan berakhlak luhur serta tidak pernah bangga atau
sombong dengan taraf kebangsawanannya. Kaumnya memanggil
beliau dengan gelaran Al-Tahirah yang bermaksud perempuan suci.

Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, beliau pernah berkahwin
dua kali, tetapi kedua-dua suaminya telah meninggal dunia.
Ketika berkahwin dengan baginda, umur beliau ialah 40 tahun,
manakala umur baginda 25 tahun. Walaupun berbeza usia 15 tahun,
tetapi rumah tangga mereka penuh dengan kedamaian dan ketenteraman,
aman bahagia dan tidak pernah berselisih faham terhadap sesuatu masalah.

Beliau juga merupakan Ummul Mukmin pertama yang mempunyai
keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri-isteri
baginda yang lain. Beliau bukan sahaja wanita yang jelitawan tetapi
mempunyai harta kekayaan dan tergolong di antara orang-orang yang
ternama di Mekah. Beliau sangat pandai mentadbir perniagaannya
sehingga berjaya sampai ke Yaman dan Syam. Beliau pernah menyerahkan
urusan perniagaannya kepada baginda kerana percaya dengan kejujuran
baginda. Sehinggalah sampai suatu ketika beliau jatuh cinta
dengan kebaikan dan kelembutan Rasulullah, lalu menyatakan
hasrat untuk mengahwini baginda.

Beliau hidup bersama Rasulullah selama 24 tahun. Sepanjang
menjadi isteri baginda, beliau menjadi suri rumah tangga dan
kekal menjadi satu-satunya isteri baginda sehinggalah beliau
meninggal dunia. Beliau telah melahirkan enam orang anak
sedangkan isteri-isteri baginda yang kemudian tidak seorangpun
yang melahirkan anak sepertinya. Beliau juga menanggung
berbagai-bagai penderitaan bersamasama Rasulullah dalam usaha
berdakwah dan menyeru kepada Islam. Ketika dua orang anak lelakinya
iaitu Kasim dan Abdullah meninggal dunia, beliau bersama dengan baginda
berdukacita menangisi pemergian anak-anaknya itu.

Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah untuk pergi ke Gua Hira
kerana ingin bertafakur dan bermunajat kepada Allah seorang
diri. Setiap kali baginda ke sana, baginda akan membawa sedikit
bekalan yang disediakan oleh isterinya, Siti Khadijah. Apabila
makanan sudah habis, baginda turun semula ke Mekah dan tawaf
di Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian barulah kembali
menemui isteri tercinta. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah,
berulang alik dalam tempoh masa lebih kurang lima tahun di Gua Hira.

Sungguhpun demikian, Siti Khadijah tidak pernah berasa kecil
hati terhadap Rasulullah. Malah, beliau berusaha agar baginda
lebih memperoleh ketenangan dalam bermunajat kepada Allah.
Oleh yang demikian, apabila Rasulullah pulang ke rumah, beliau
tidak pernah bersungut apatah lagi bermasam muka. Beliau
melayan suaminya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang.
Begitulah tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat dan
setia kepada suami sehinggalah beliau meninggal dunia dalam
usia 64 tahun dan enam bulan. Semenjak pemergian Siti Khadijah,
Rasulullah sangat sedih dan murung kerana begitu terasa kehilangan
seorang kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela ketika baginda
menjalankan seruan Allah.

- Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran,
Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel:
edusb@streamyx. com.
PENGAJARAN
* Sebagai isteri yang solehah, si isteri hendaklah sentiasa
menghormati, setia, taat dan patuh kepada suami kerana syurga
seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami.
PERBENDAHARAAN KATA
tarbiah: pendidikan atau pengasuhan.
bermunajat: mendekati atau mendampingi Allah dengan cara
berdoa, berzikir dan lain-lain.
tawaf: mengelilingi Kaabah.
INFORMASI
* Nama penuh Siti Khadijah iaitu Siti Khadijah binti Khuwalid bin
Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, yang tergolong daripada
golongan bangsawan dan ternama di Mekah.

Sabtu, 24 November 2012

RUKUN SOLAT ADA 13 

1. NIAT. 
2. BERDIRI BETUL. 
3. TAKBIRATUL IHRAM. 
4. MEMBACA AL FATIHAH. 
5. RUKUK SERTA TOMAKNINAH. 
6. IKTIDAL SERTA TOMAKNINAH. 
7. SUJUD SERTA TOMAKNINAH. 
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD SERTA TOMAKNINAH.. 
9. DUDUK TAHIYAT AKHIR. 
10.BACA TAHIYAT AKHIR. 
11.SELAWAT KE ATAS NABI. 
12.MEMBERI SALAM PERTAMA. 
13.TERTIB.


Jumaat, 9 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang



 Tayangan slide semasa Hari Anugerah Cemerlang
Guru Besar Yang Mulia Tengku Zakiah bt Tengku Din memberi ucapan alauan kepada perasmi dan ibu bapa yang hadir.